Showing posts with label NEW RELEASE. Show all posts
Showing posts with label NEW RELEASE. Show all posts

27/04/2011

PENDIDIKAN AWAL PRA-SEKOLAH

  • Siri set buku dan DVD pendidikan awal terbaik untuk pengajaran anak-anak pada peringkat awal umur sebelum memasuki alam persekolahan.
  • Menggunakan kesedaran fonemik (bahan bacaan) - pengajaran kemahiran asas membaca & menulis bagi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Jawi yang terkini.
  • Aktiviti pelajaran, pengukuhan dan pengayaan yang menepati garis panduan Kurikulum Prasekolah.
  • Maklumat dan panduan pengajaran untuk ibu bapa dan guru pada setiap muka surat.

      

23/04/2011

Agenda Yahudi Menakluki Dunia : Rahsia Di Sebalik Rahsia

Mengupas tentang perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda menakluk dunia. Mereka bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi yang memerintah seluruh pelusuk dunia. Penglibatan bangsa Yahudi turut dilihat dalam beberapa siri peristiwa besar yang terjadi pada hari ini.
Antara isu yang menarik adalah # Sejarah ringkas bangsa Yahudi # Era baharu bangsa Yahudi di Amerika Syarikat # Pengaruh Yahudi dalam White House # Peristiwa penting tentang penglibatan Yahudi dalam kekecohan dunia # Matlamat akhir bangsa Yahudi dalam menakluk dunia.
Turut dimuatkan 24 Protokol yang menjadi panduan dalam tindakan merangka penubuhan 'Kerajaan Yahudi Antarabangsa' yang memerintah bumi.

"Pasti kamu akan dapati, orang yang paling kuat penentangannya terhadap orang yang beriman adalah orang Yahudi dan orang yang menyekutukan Allah..." (surah al-Ma'idah: 82)

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh

"Apa yang menarik perihal buku ini adalah penulis bukan sekadar mengemukakan fakta-fakta sejarah perihal Sultan Muhammad yang jarang diketahui umum. Lebih daripada itu, penulis berjaya menganalisa dan mengeluarkan pengajaran praktikal bagi diamalkan pembaca. Pembaca merasakan mereka mampu menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, manusia biasa yang bekerja dan berfikir secara luar biasa. Mungkin ada peristiwa yang tidak diceritakan dalam novel saya, diceritakan di dalam buku ini. Semuanya hasil kajian beliau yang mendalam. Buku ini adalah pelengkap serta mampu memberikan jawapan kepada anda." -Kata pengantar daripada Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah no. 1 di Malaysia-

Khutbah Rasulullah: Pesanan Kekasih Buat Umat Yang Tercinta

Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguran Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.
Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.


Buku ini memuatkan khutbah awal Rasulullah, menyentuh tentang pemimpin dan pimpinan, kematian dan kubur, tanda-tanda kiamat dan akhirat, syurga, khutbah mengenai al-Quran, wasiat dan pesanan Rasulullah kepada Sahabatdan khutbah akhir Rasulullah

Nota Jutawan, Nota Kewangan

Buku ini adalah buku ketiga hasil tulisan Dr. Irfan Khairi selepas Nota Jutawan, Nota Motivasi dan Nota Jutawan, Nota Perniagaan.

Pendekatan yang santai dan mudah dalam bentuk peta minda, menjamin buku ini juga amat menarik perhatian pembaca yang rata-rata memberi tumpuan kepada tip-tip atau inti sari mengenai motivasi, perniagaan dan keusahawanan. Walaupun secara santai dan bersahaja, namun idea-idea yang disampaikan adalah amat serius untuk semua pembaca mempraktikkan supaya pembaca dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik, bijak dan berhemah.

Armagedon 2012

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Legasi Bestari Designed by Bloggers Template | Exercise Equipment | Watch Movies